Followers

Friday, August 17, 2012

Up and Down.





Assalamualaikum. Hi everyone. Ada orang cakap, hidup ni macam roda. Kadang kadang kita berada kat atas, dan sebaliknya. Tapi tapi, aku tak pernah rasa macam mana rasanya berada di 'atas' . Mungkin belum sampai masanya lagi. Bila lah masa tu nak sampai.. Huh *mengeluh. Bila aku rasa down, terutama bila ada masalah tak kira lah masalah apa pun, aku akan cerita dekat kawan aku. Sedikit sebanyak masalah tu akan hilang. Aku bersyukur. Sangat. Sebab ada kawan yang memahami..

Ha. Cerita pasal kawan. Aku rindu gila weh dekat bestfriend aku. First sekali, Nuwairah. Dia kawan baik aku time dekat sekolah rendah. Aku dah 5 tahun weh tak jumpa dia. 5 tahun -,- Dia pindah time aku darjah 4. Time tu memang sedih gila. Banyak memori.. Aku dapat contact balik dengan dia pun, through Facebook. Terkejut beruk aku bila dia add aku. Happy nya aku time tu, memang tak terkata. Bila first time chat dengan dia, dia ingatkan balik apa yang kitorang pernah buat sama-sama. Contohnya, Nuwairah : Farah, ingat lagi tak time kita beli jambu, bila Farah cakap terima kasih, abang tu akan cakap kasih diterima. Ingat tak? Aku : Mestilah ingat..

Dia ingat weh semua benda. Semua. Time kitorang pergi camping pun dia ingat. Ya Allah seriously aku terharu gila weh. Tadi dia IM aku, dia nak ajak aku jumpa. Minggu depan hari jumaat. Harap-harap jadi la. Aku rindu gila dekat dia weh.... Thank you for being my greatest friend, our friendship will never end. InsyaAllah <3